KENYATAAN PASTORAL PASCA KONVENSI PASTORAL

Loading...

KENYATAAN PASTORAL PASCA KONVENSI PASTORAL SEMENANJUNG MALAYSIA IV Oleh Uskup Agung dan Uskup-uskup Gereja Di Semenanjung Malaysia Kepada Umat Allah yang dikasihi, “Semoga Allah Bapa dan Kristus Yesus Tuhan kita mengurniai engkau berkat, rahmat dan kesejahteraan” (1 Tim 1: 2) Kita bersyukur dan memberi pujian kepada Allah Bapa pada hari Ahad pertama Musim Adven ini atas segala rahmat dan berkat yang telah dilimpah-Nya pada tahun lalu, dan pengharapan yang ditanamkanNya di dalam hati sanubari kita ketika kita memulai Tahun Liturgi 2017. Baru-baru ini, Gereja di Semenanjung Malaysia telah mengadakan Konvensi Pastoral Semenanjung Malaysia IV (PMPC IV) dari 25hb Oktober di Pusat Majodi, Plentong, Johor. Konvensi ini, yang diadakan selepas Perhimpunan dan Sinod keuskupan masing-masing, merupakan suatu pengalaman “Pentekosta Baru” di mana kuasa Roh Kudus dirasai dengan sepenuhnya oleh semua enam ratus dan lapan belas peserta (618) yang termasuk para Uskup Agung, para Uskup, para imam, para religius dan umat awam, bersama dengan tetamutetamu kita dari negeri Sarawak. Sebagai Umat Allah, kita terhutang budi pada-Nya kerana telah memberi kita peluang untuk menyahut panggilan untuk meneruskan pembaharuan yang telah dimulakan oleh Konsili Vatikan Kedua (1963-1965), dan dilanjutkan di perjumpaan Aggoirnamento (1976), PMPC I (1986), PMPC II (1996), PMPC III (2006) serta PMPC IV (2016). Dengan ini, tidak boleh dinafikan bahawa Gereja di Semenanjung Malaysia telah tumbuh secara integral dan berkesan sejak empat puluh tahun yang lalu ini, yang penuh dengan berbagai-bagai batu petanda dan cabaran-cabaran baru disebabkan realiti di negara kita.

Dengan mendengar seruan Roh Kudus melalui Sabda Allah dan di antara satu sama lain, kita boleh kini menghadapi cabaran-cabaran baru ini dengan hati yang terbuka, sambil menilaikan diri secara ikhlas dan berani, serta mencari jalan-jalan yang sesuai untuk menjadi sebuah Gereja yang benar-benar dapat membawa perbezaan di negara ini. Ini akan menyebabkan kita menghadapi sepuluh tahun yang akan datang dengan pembaharuan akal dan hati, disamping melangkah keluar daripada cara hidup yang lazim dan zon keselesaan dalam kehidupan kitsa. Kita mesti sedia membaca dan merenungkan “tanda-tanda semasa”, dan menjadi ‘suara’ dan ‘kesedaran’ bagi masyarakat di sekeliling kita, supaya Gereja di Semenanjung Malaysia akan menjadi pemangkin yang membawa transformasi dan pembaharuan secara lebih proaktif.

Sebagai rakyat Malaysia, kita juga mesti melibatkan diri dan berkerjasama, serta membantu orang lain supaya bertindak secara aktif dalam pelbagai situasi) di sekeliling kita yang sentiasa berubah dan membawa cabaran-cabaran yang baru. Kita berbuat demikian dengan mengintegrasikan iman dan kehidupan kita. Oleh sebab kedua-dua aspek ini merupakan satu realiti, tidak boleh ada perpisahan di antara apa yang suci dan apa yang di anggap duniawi. Kita mesti ingin dan sedia berusaha untuk membina sebuah negara yang mementingkan semangat berintegrasi, mahupun dari segi kehidupan peribadi, kerohanaian, atau aspek-aspek kewangan, politik dan ekologi. Gereja akan berkerjasama dengan semua rakyat Malaysia yang ingin membina negara yang lebih berintegrasi.

Oleh sebab “muka” Gereja di Malaysia sentiasa berubah, maka kita juga dipanggil untuk membentuk suatu visi dan misi yang baru. Kita tidak boleh puas hanya berada di dalam lingkungan Gereja. Paus Fransiskus, di dalam Surat Apostoliknya, “Evangelii Gaudium”, menggalakkan kita dengan mengatakan bahawa “misi adalah suatu perasaan cinta yang kuat pada Yesus dan pada umat-Nya” (EG, 268), dan “janganlah kita biarkan semangat misionari dan kegembiraan Injil dirompak dari hidup kita” (EG 80, 83). Oleh yang demikian, misi kita adalah menjadi Gereja yang sedia mendengar, merenung dengan mendalam dan setia menjalankan tugas kenabiannya. Dengan ini, kita digerakkan menjadi lebih kreatif, inklusif dan sedia menjalin perhubungan dalam visi dan misi pastoral kita. Proses berdialog, merenung dengan dalaman dan beraksi ini mesti membantu kita menuju ke arah suatu “paradigma penginjilan secara integral” (paradigm of integral evangelisation) yang meliputi: a) kesaksian hidup; b) pelayanan untuk semua manusia; c) dialog antara agama; d) penyebaran Injil secara jelas; (e) doa, liturgi dan sakramen-sakramen.

Sejak empat puluh tahun ini, kita telah berusaha membina Gereja kita melalui Komuniti Eklesia Dasar (KED) di samping memberi keutaman kepada aspek-aspek seperti: membina perpaduan, formasi, pembangunan kemanusiaan secara integral, dialog antara agama, kaum belia, kaum keluarga dan komunikasi sosial. Kini, kita mesti menuju ke hadapan, dengan penuh ketekunan dan beraksi secara holistik dalam semua aspek ini dan selanjutnya, supaya Gereja akan sentiasa menjadi tanda Kerajaan Allah yang relevan dan berkesan.

Oleh yang demikian, kami mengajak semua umat Allah (para imam, para religius dan umat awam) supaya menjadi pengikut-pengikut Yesus yang bersemangat misionari dan penuh dengan harapan supaya paroki-paroki kita akan benar-benar menampakkan “muka” Yesus pada masyarakat sekelilingnya. Gereja mesti menjadi suatu tanda harapan dan memberi hidup bukan sahaja kepada umat Kristian tetapi juga kepada semua orang. Kami menyeru supaya semua kumpulan pelayanan mencari jalan-jalan yang konkrit dalam misi pastoral masing-masing untuk menghidupkan kembali sifat berharap pada Allah dan pengharapan pada manusia, dengan semangat yang kreatif dan inklusif, dan sedia

menjalin perhubungan. Sambil kita menyalakan lilin yang pertama di atas lingkaran bunga Adven pada hari ini, marilah kita memperkuatkan sekali lagi komitmen kita untuk terus setia pada misi Gereja di Semanjung Malaysia.

Sebagai gembala-gembala Gereja di Semanjung Malaysia, kami memberi komitmen untuk menyokong dan melaksanakan, di keuskupan masing-masing, syor-syor yang telah dikemukakan pada PMPC IV, yang sememangnya merupakan suatu pengalaman “Pentekosta Baru”. Di dalam suratnya kepada Timotius, Santo Paulus berkata, “Itulah sebabnya aku mengingkatkan engkau supaya sentiasa menggunakan pemberian yang dikurniakan oleh Allah kepadamu pada waktu aku meletakkan tanganku pada kepalamu” (2 Tim. 1: 6). Melalui peletakan tangan pada kita semasa penerimaan Sakramen-sakramen Pembaptisan, Penguatan, Imamat atau Upacara Urapan Orang Sakit, kita telah diperkuatkan oleh Roh Kudus and dihantar untuk misi. Oleh yang demikian, kami menyeru and menjemput saudara-saudari sekalian supaya memberi perhatian pada panggilan Santo Paulus ini, sambil kita bersama-sama, dengan penuh tenaga dan kegembiraan, melaksanakan dan menghidupi panduan-panduan yang telah diberikan oleh PMPC IV untuk sepuluh tahun yang akan datang (2016-2025). Jadilah murid-murid Yesus yang berharapan, dan semoga Maria, Bonda Misi, berdoa untuk kita!

Most Rev. Julian Leow Uskup Agung Kuala Lumpur

Rt. Rev. Sebastian Francis Uskup Pulau Pinang

Rt. Rev. Bernard Paul Uskup Melaka Johor

Diberikan pada Hari Ahad Pertama Musim Adven, 27 November 2016.

Loading...

KENYATAAN PASTORAL PASCA KONVENSI PASTORAL

KENYATAAN PASTORAL PASCA KONVENSI PASTORAL SEMENANJUNG MALAYSIA IV Oleh Uskup Agung dan Uskup-uskup Gereja Di Semenanjung Malaysia Kepada Umat Allah y...

625KB Sizes 2 Downloads 8 Views

Recommend Documents

The Pastoral Clinic
The Pastoral Clinic addiction and dispossession along the rio grande angela garcia university of california press. Berke

Elders and Pastoral Care
Elders and Pastoral Care. A Prayer for the Vestry. Amazing God who is within and beyond all things; who is transcendent

Definition of Pastoral Care Theology of Pastoral - St Brigid's School
In defining pastoral care we have chosen to use the definition developed by Kevin ... Several main themes of pastoral ca

Common Code of Ethics for Chaplains, Pastoral Counselors, Pastoral
Principles for Processing Ethical Complaints. The membership of the ... counselors, and clinical pastoral educators in s

The Pastoral Epistles:
Modern scholarship casts more doubt on the authenticity of these epistles than on any of the other Pauline letters. Argu

Pastoral jour cover - iBrarian
Randolph, Paul. “Building the Family Covenant Model” Journal of Biblical Counseling 1997, v. 15(3): 32-41. Ricoeur,

Creating a pastoral resume
Creating a pastoral resume. Owen egocentric hyphenizing his downheartedly stable. Indo-Aryan fetuses without creating a

Introduction to Pastoral Conversation Skills
Ordinary conversations can easily turn into pastoral conversations if both parties agree to it and one party ... If 30 m

Pastoral Care MIS Definitions - nlchi
Pastoral Care MIS Definitions. Workload Measurement Definitions. Service Recipient Activities -. Unit producing personne

pastoral ministry - University of Pretoria
gain a better understanding of a biblical model of pastoral ministry as ..... The message of the Bible (with regards to